Friday, September 20, 2013

Kahwin Lari???


Pernahkah anda terdengar keluhan  para pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga?Apa keluhan mereka?Semestinya mengenai mas kahwin atau mahar,belanja pengurusan seperti barangan hantaran,perbelanjaan makan-minum untuk para tetamu jemputan,hadiah atau cenderahati kepada para tetamu,seterusnya urusan menghantar menantu perempuan ke rumah pengantin lelaki.Kesemua urusan ini memakan belanja puluhan ribu ringgit.Majlis perkahwinan menjadi suatu even yang indah dan selalu dinanti-nantikan oleh para pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.
        Bagi keluarga yang mampu,saat inilah yang paling ditunggu-tunggu.Saat inilah dapat berjumpa sanak saudara dan sahabat handai.Mereka lazimnya akan memuji-muji kehebatan majlis pada hari  aitu.Pujian yang biasa didengar adalah sekitar barang-barang hantaran,kecantikan mempelai,cara make up,pakaian,pelamin dan juga bilik tidur.Tak kurang juga yang memperkatakan tentang rumah,halaman dan keseluruhan kawasan rumah dijadikan topik perbualan oleh para tetamu.Senario ini sudah sebati dengan masyarakat Melayu yang mengadakan majlis kenduri di rumah.Bagi mereka yang mengadakan majlis ini di hotel-hotel atau di dewan-dewan orang ramai,topik perbualan akan menjadi lebih berkurangan terhadap persekitaran rumah.Para tetamu akan mula memandang keluarga ini sebagi "high class" kerana mampu mengadakan even di tempat-tempat yang berprestij.
      Majlis sebegini menjadi kerungsingan bagi bakal pengantin yan kurang mampu atau yang tidak mendapat restu daripada keluarga.Kekangan juga disebabkan oleh sosioekonomi  keluarga yang sederhana ditambah pula dengan bakal pengantin sendiri pun tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau bukan dari kalangan graduan atau pun ahli koperat.Tidak hairanlah jika peratusan mereka yang mengambil keputusan kahwin di negara jiran kian meningkat.Sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian 19/9/2013,seterusnya diulas oleh  Dr Abdul Basit Abdul Rahman atau nama penanya Dr Abu Anas Madani,seorang pensyarah kanan fakulti Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS)Nilam Puri,Kota Bharu Kelantan yang juga merupakan pendakwah bebas.Jom kita ikuti ulasan beliau :
Sesungguhnya sunnah dalam kenduri adalah seperti di bawah:
  • Diadakan secara sederhana yang tidak perlu membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakkannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan manusia yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
  • Kenduri dilakukan tanpa sifat riyak dan bangga diri.
  • Tidak mengandungi unsur-unsur khurafat atau adat-adat yang membawa kepada syirik
  • Tidak menghidangkan makanan yang mengandungi syubhah.
  • Tidak mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak) dan hiburan yang melalaikan.
  • Tidak mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan.
  • Disunatkan menghulurkan pertolongan bagi mengurangkan beban tuan rumah dan dapat menyuburkan semangat gotong royong di kalangan masyarakat.
Laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan Allah SWT.  Kenduri yang berkat itu amat penting sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri. Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah semoga perkahwinan diberkati Allah SWT.

Wednesday, September 18, 2013

Pakej Baget

Ada juga sesetengah pasangan yang ingin meraikan majlis hari bahagia mereka dengan meriah,tetapi menggunakan baget yang sedikit.Ini bermakna,anda bijak mengurus belanja dan kewangan,juga mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.
     Apa kata kita lihat superimpose oleh admin terhadap pasangan pengantin Zailatul Akmar dan Zuqram




Kesemua gambar-gambar di atas adalah gambar asal tanpa edit.Seterusnya mari kita lihat kesan superimposenya.

Pengantin tidak mempunyai pelamin...Ibubapa mereka hanya menyiapkan bilik tidur sahaja.Pakaian pun hanya sepasang untuk majlis akad nikah.Semasa  bergambar di dalam bilik, masih menggunakan pakaian yang sama.Gambar ini sudah diedit dan saya letakkan pengantin di atas pelamin.Wah,nampaknya kedua mempelai sudah mempunyai pelamin!


Tuesday, September 17, 2013

Photo Pengantin Superimpose


 Adakah anda menghadapi masalah untuk merakam kenangan di hari bahagia anda?
Bermasalah untuk mencari lokasi outdoor? atau mempunyai masalah kewangan untuk mengadakan sesi fotografi sedemikian? Masalah menukar pakaian pengantin???
     Kami ada jawapannya.Gambar anda akan dirakam hanya di sekitar kediaman anda sahaja.Anda sudah boleh membuat rakaman ke serata tempat yang anda mahu....hanya dengan superimpose yang dibuat oleh pihak kami....Anda pasti akan terpukau....Berminat?Tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk memeriahkan hari bahagia anda....
    Hubungi admin segera.
Gambar yang diambil di hadapan rumah pengantin
Diambil di dalam bilik pengantin.....

gambar sebelum diedit dan selepas diedit...

Superimpose di ladang Tenusu Kundasang....

Gambar asal di hadapan rumah telah dialihkan ke sayap kapal terbang....
Gambar yang sama dialihkan ke Nabalu Park,Kundasang Sabah.

Superimpose? Adakah Anda Berminat?


Seperti biasa,bila berjalan sahaja..lensa kamera kami terus sahaja merakam panorama-panorama yang indah dan cantik.Subhanallah...maha suci engkau dari sifat-sifat kekurangan.
    Back ground2 sebegini bakal kami jadikan bahan untuk superimpose bagi outdoor pengantin yang tidak membuat outdoor secara betul.Pengantin hanya perlu bergambar di dalam bilik atau depan rumah sahaja.Selepas itu gambar mereka akan berada pada latar belakang-latar belakang seperti di bawah.Anda mahu mencubanya?
     Jom....Hubungi admin blog di talian 014 8049809 atau 013 9341344

Tanjung Aru Resort di waktu senja...
Senja di Pantai tanjung Aru Sabah...
Bangunan Tun Mustafa yang tersergam indah.....


Wednesday, May 8, 2013

MB Kelantan: Tuanku tolak nama Husam


Penjelasan dan perincian mengenai kedudukan Husam Musa yang tidak di senaraikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan..Dah betul-betul nak jadi Timbalan dah Husan nie tapi apakan daya yang meluluskan adalah Sultan Muhammad V


KOTA BHARU – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun  Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad  kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Senarai Exco Baru Kelantan 2013


Senarai penuh exco kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim yang baru dilantik selepas menang PilihanRaya Umum Ke 13 pada 05.05.2013


  • Menteri Besar : Dato’ Ahmad Yakob
  • Timbalan MB : Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah
Senarai Exco:
  • Dato’ Ab Fattah Mahmood
  • Datuk Anuar Tan Abdullah
  • Mej (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman
  • Dato’ Che Abdullah Mat Nawi
  • Dato’ Dr Fadzli Dato’ Hj Hassan
  • Dato’ Nassuruddin Daud
  • Hanifa Ahmad (baru)
  • Dr Ramli Mamat (baru)
  • Mumtaz Md Nawi (baru)

Saturday, April 6, 2013

Pengisian SBBPS Ditangguhkan Buat Sementara Waktu


*Dimaklumkan bahawa SPPBS ditutup kepada semua pengguna atas sebab-sebab penyelenggaraan data oleh Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sehingga selesai kerja tersebut.
5 April 2013
*Memandangkan terdapat perubahan utama yang melibatkan Pengasingan Pelaporan (bagi beberapa Mata Pelajaran) maka Menu Cetakan Pelaporan SPPBS ditangguhkan sehingga dimaklumkan.
Sila Rujuk :
Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...