|
Riduan memeluk anak dan
isterinya selepas dijatuhkan hukuman kerana didapati bersalah atas
tuduhan merogol gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. -
Foto Malai Rosmah Tuah
Kota
|
Kinabalu: Bekas pengurus restoran, Riduan Masmud, 41,
dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen
di sini, semalam, atas kesalahan merogol gadis bawah umur yang kemudian
dikahwininya, tahun lalu.
Sejurus keputusan dibacakan Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad,
tertuduh yang kelihatan sedih, memeluk isteri dan anak perempuannya di
luar dewan bicara, sebelum digari dan dibawa ke lokap mahkamah.
Sumber :
Sinar Harian